Monday, May 28, 2012

1st Day @ Cameron Highland

Hari ni kami pergi ke Cameron Highland melalui jalan yang belum pernah kami lalu iaitu Bentong -> Raub -> Kuala Lipis -> Sungai Koyan -> Pos Betau -> Bertam -> Ringlet -> Tanah Rata -> Brinchang.

Sebenarnya tak perlu ke Kuala Lipis, tapi sebab kami dah terlajak jadik kami teruskan jer la... kalau ikutkan perjalanan dari KLmelalui Tapah atau Simpang Pulai lagi dekat tapi sebab nak ikut jalan baru, tak per la... tak salah mencuba kan..

Sementelah pulak sepanjang perjalanan memang kurang kereta, pemandangan pun cantik, kurang selekoh2 tajam... agak selesa la... 

Sebelum tu sempat la kami berhenti makan untuk lapik perut di Raub. Makan sandwich sardin dengan buah nangka madu yang di beli di sebuah gerai. Sedapnyer..... manis..... sekilo RM8.00... beli 1/2kilo... berbaloi-baloi :-)




Jalan ni tak berapa curam dan tak banyak sangat selekoh tajam. agak relaks la sikit waktu memandu.. boleh santai-santai sebab tak banyak kenderaan lalu lalang... kurang sikit rasa ngeri ... berbanding jalan Simpang Pulai -> Cameron Highland atau Tapah -> Cameron Highland


Dari jauh dah nampak 'rumah-rumah hijau'

Perkampungan orang asli

Lembah Bertam atau Bertam

Pekan Bertam... penuh dengan pekebun-pekebun jer dan tak der kedai pun jual sayur bagai...



Kelapa laut
Isi dia macam nata de coco tapi lebih lembut dan rasa dia tawar

Tanah Rata

No comments:

Post a Comment