Thursday, May 31, 2012

Selamat Tinggal Cameron Highland

Kali terakhir kami sekeluarga pergi Cameron Highland ialah 5 tahun lepas... ni baru datang semula.. dan entah bila pulak akan datang lagi... Balik kali ni kami nak tengok jalan mana yang kami terlepas pandang masa pergi hari tu....

Rupa-rupanya di pekan Raub ada satu simpang ke Sg Koyan / Jalan Alternatif Ke Kota Bharu.. kalau nak tau sesat ke tak sesat, kita mesti tempoh pekan kecil nama Cheroh dan kampung kampung seperti Batu Talam (tempat kes kerat 18) dan sebagainya... kalau tak tempoh jalan-jalan tu memang confirm sesat la.. heheh.. bukan sesat tapi silap jalan... kami pulak memang tak pakai GPS... -:(

Kalau tak salah, Kg Taman Sedia ni adalah salah satu perkampungan orang Melayu di Cameron Highland ni. Ada banyak chalet, homestay dan juga kebun-kebun kat sini macam kat tempat-tempat lain di Cameron Highland juga








Men at work


Bangunan hotel bercirikan senibina bangunan Inggeris


Ta ta Cameron... nanti kami datang lagi... tapi tak tau bila la.... :-)





Tuesday, May 29, 2012

2nd Day @ Cameron Highland

Hari kedua ni kami keluar agak awal. Ingat nak pergi buat aktiviti petik strawberi tapi sebab terlalu awal, kebun pun tak bukak lagi atau tukangkebun pun tak bangun lagi gamaknya...heheh

Jadi kami pun pergi la melawat belakang kebun strawberi yang ada kebun sayur...

Pokok kobis bulat

Batas-batas pokok kobis


Pokok kobis panjang atau kobis cina

Pokok kailan



Gambar kat atas ni semua ambik kat kebun sayur sebelah hotel Equatorial 

Kea Farm... terkenal dengan gerai-gerai jual buah-buahan, bunga dan sayur-sayur juga produk-produk lain dari Cameron Highland... musim cuti sekolah macam ni kalau tengahari sikit menghala ke petang memang sesak la jalan ni







Barang-barang lama depan pintu Time Tunnel Gallery. Sama juga.. tak dapat masuk sebab tokey kedai belum bangun tidur...

Gambar-gambar di bawah ni semua diambil di Taman Agro (Mardi), Tanah Rata.. pelbagai jenis bunga, sayur-sayuran, herba  dan buah-buahan di tanam kat sini.. almaklumlah tempat penyelidikan...














Parsley



















Buah strawberi ni nampak pelik sikit sebab buah dia menegak keatas. Selalunya buah strawberi akan melentur ke bawah. Mungkin sulur buah ni pendek tu pasal dia naik tegak walaupun buah tu dah cukup ranum










Pokok ni cantik sangat sebab daun dia warna kelabu keperakan tapi bunga dia warna kuning... contrast sangat dan macam ada orang leatak bunga tu kat situ padahal memang bunga asal dia... Subhanallah....






Buah Pisang Kaki... pokok langsung tak macam pokok pisang :-)







Petang sikit kami pergi masukkebun strawberi untuk petik sendiri strawberi tu. Dia bagi bekas kotak  plastik harga RM30 atau RM50 untuk bubuh strawberi. RM30 untuk 1/2 kilo dan RM50 untuk 1 kilo. Itu pun orang yang masuk ke kebun pun limited juga. Kalau RM30, dua dewasa saja boleh masuk.. tak pasti pulak berapa orang boleh masuk untuk RM50.. kalau ikutkan memang mahal la harga strawberi tu tapi puas dapat pilih dan petik sendiri... tu saja..




Lupa pulak nak ambil gambar strawberi yang kami petik sendiri tu :-(