Friday, January 24, 2014

8 Perkara Untuk Melatih Diri Menjadi Hamba Allah Yang Sentiasa Beristiqomah dan Tenang

Kuliah Ustazah Dato' Dr Fatma - Jumaat 24/01/2014

Surah Al Maarij Ayat 22 - 34

1) Mengerjakan solat
2) Mengerjakan solat secara berterusan (constant)
3) Mengeluarkan zakat
4) Sentiasa yakin dengan hari kiamat/akhirat fan sentiasa takut akan Allah dan siksa neraka
5) Jaga kehormatan diri - tidak berzina (termasuk zina mata dll)
6) Amanah dan tepati janji
7) Menjadi saksi yang adil dan betul
8) Menjaga solat (jaga waktu, wudhu', khusyuq, rukun dsb)

Monday, January 20, 2014

Petua Untuk Kes2 Kemalangan Kecil Di Rumah

Kali ni untuk kes2 kemalangan kecil pada kulit seperti terkena minyak panas atau kuali panas dsbnya yg boleh menyebabkan melecur kecil pada kulit.

Kalau tak dirawat dengan cepat, kulit boleh menggelembung dgn kandungan air terbentuk dibawah dia.... Bila melecet, pedihnya Allah jer yg tahu kan...

Untuk rawatan cepat, bila terkena minyak atau benda2 panas ni, cepat2 sapu dgn ubat gigi.. bubuh bnyk2 kat tempat yang terkena tu supaya rasa panas cepat hilang dan kulit pun tak jadi gelembung air. Biar sampai rasa panas hilang atau ubat gigi kering dengan sendirinya...

InsyaAllah dengan izinNya, kulit tak menggelembung dan boleh kurangkan risiko kulit melecet.... cuba try test tengok... :-)

Thursday, January 2, 2014

Tahun Baru Masihi

Alhamdulillah.... syukur tak terhingga ke hadrat Allah yang telah memanjangkan umur hambaNya ini.

Tahun yang dijangkakan penuh dengan cabaran sebagai rakyat Malaysia yang ketika ini dihimpit dengan hampir keseluruhan kos sara hidup meningkat naik.

Sejak beberapa hari lepas, pasakkan dalam minda anak2 tentang perlunya lebih berjimat. Tentang perlunya kerja keras. Tentang tersangat perlunya sandaran kepada yang Maha Esa.

Mengertikah dikau wahai anak2 ku sementelah umur yang masih mentah itu? Walau apa pun tetap syukur dengan nikmat udara yang tak perlu dibayar, nikmat umur yang masih dipanjangkan, nikmat kesihatan yang tidak terhingga nilainya....

Terimakasih Ya Rabb...