Saturday, February 25, 2017

Air Kelapa

Malam tadi anak no 2 kena sakit perut yang teruk. Mungkin gastrik atau tersilap makan. Tapi dia ni bukan jenis yang merengek2. Dia jenis kuat semangat dan tahan sakit. Mengerekot sambil keluar airmata punya menahan sakit tu.

Memang tak rancang nak bawak ke klinik sbb tau habis kuat pun doktor akan bagi ubat tahan sakit samada consume melalui mulut atau cucuk. I need to do something. Kalau dah tahap kecemasan baru nak bawak dia gi klinik.

We go for holistic first. Apa yang saya buat ialah sapu minyak herba di belakang badan, perut dan ari2. Suruh dia pakai stokin sebab dia dah menggigil kesejukan.

Lepas tu saya tuam perlahan2 dengan botol kaca berisi air panas. Satya letak tuala kecik sebagai lapik atas perut dan tuam seluruh bahagian perut dan ari2 sampai air tu hampir sejuk.

Dia rasa lega sikit. Lepas sejam lebih kurang pukul 1 pagi dia bangun sbb rasa nak muntah. Urut2 belakang dia biar semua yang nak keluar tu keluar dengan jayanya.

Alhamdulillah. Perut memulas pun dah beransur hilang. Dapat dia lena hingga pagi. Pagi ni beli air kelapa fresh tanpa campur ais batu dan gula bagi dia minum.

Sebab mmg pasti perut dia kosong dan berasid tinggi jadi kita lawan dengan air kelapa yang mempunyai kadar alkali yang tinggi pulak. Baru la seimbang.

Alhamdulillah anak saya kembali sihat without any chemicals being put inside her body.

Saya cuba sedaya upaya untuk elak chemicals consumptions thru ubat. Makanan kita pun dah banyak chemicals yang kita tak tau kan...

Sedang cuba cara hidup yang lebih sihat... InshaaAllah..

Friday, February 17, 2017

ALLAH BAYAR CASH

Ni cerita semalam...

Sedih, sebak, menyesal, takut... macam-macam perkara bermain difikiran

Semoga menjadi iktibar kepada semua

Serba salah nak cerita tapi diharapkan dapat jadi ingatan untuk diri sendiri dan orang lain juga

Masa menaip ni pun fikiran masih bercelaru

Semalam sebagaimana biasa ada kuliah Zohor di pejabat. Sebelum tu dlm masa terluang bila semua kerja2 pejabat telah dibereskan, saya membuat sedikit spring cleaning dokumen2 perbadi

Kerja2 tu saja telah mengambil masa saya selama hampir 1 jam dan melangkaui waktu kuliah..

Hati jahat saya kata x payah pergi kuliah la hari ni, habiskan kerja mengemas..

Tapi saya sempat berjemaah masbuk dengan penceramah kuliah.. Alhamdulillah..

Lepas tu balik semula ke pejabat sambung buat spring cleaning PC pulak. Dah berat sangat PC ofis ni dgn fail2 yg x tersusun dan x digunakan lagi..

Petang tu juga bermulalah ujian untuk saya...😨😨😨

Saya pasti saya x silap delete fail kerja saya. Tup2 tengok fail kerja saya selama 2 tahun hilang. Lebih parah ia adalah file yg diletak dlm shortcut IP address lain. Bukan dlm storage saya. Allahuakbar. Subhanallah.

Hampir 1 jam juga bertungkus lumus guna apps untuk cari balik file dlm hardisk orang lain. Terimakasih pada yang banyak membantu. Redho ya Allah. Alhamdulillah.

It didn't stop there.... masa nak balik pulak jenuh cari staff ID card utk keluar. Ntah hilang kemana... cari cari dan cari lagi... Alhamdulillah.. berjumpa juga akhirnya..

Allahuakbar... Ya Allah ampunkan dan.hapuskan dosa dan kesalahan hambaMu yang dhoif ini ya Allah. Aamiinnnn

Monday, January 23, 2017

Iridologi

Assalamualaikum...

Hari ni pergi mengadap Iridoligist? Pernah dengar tak? Hihihihi... ramai yg x pernah dgr tapi ni dah kali kedua menjengilkan mata utk diuji...

Bukan untuk tau tahap kerabunan mata tapi untuk uji tahap kesihatan diri. Pattern atau struktur iris boleh menentukan tahap kesihatan seseorang.

Macam biasa la... sama dgn jenis2 ujian lain, iridologi ni pun bukan 100% tepat. Kita boleh tahu sebab iridologist ni akan bagitau kita apa yang x kena dgn kita dan kita boleh semak dgn diri kita sendiri apa yg kita sedang sakit atau x selesa.

Untuk saya ialah saya ada stubborn and strong cell yg menyebabkan saya susah untuk rasa sakit dan dapat penyakit. Tapi pada masa yang sama badan saya banyak asid akibat dari kegemaran makan daging.

Tinggi kandungan sodium dan kalsium tetapi tidak dapat diserapkan kedalam tulang... mcm pening sikit nak faham dan hadam diagnose dia ni..

Dikhuatiri saya akan mudah dapat penyakit darah tinggi kalau tidak dicegah atau kalau tidak tukar gaya pemakanan..

Doktor tu kata cuba makan makanan yang disebut dalam Al Quran.

Setakat ni memang sedang ambil makanan tu semua sebagai supplement tapi as usual la kan.. tak disiplin..

Sebelum ni pernah juga buat ujian dengan gunakan kaedah electromagnetic palm reader.

Bila bandingkan kedua2 ujian ni diagnosis dia lebih kurang sama jer..

Maknanya kena exercise, minum banyak air, jaga pemakanan, makan suplement etc... Mcm yang biasa kita dengar dan baca... cuma bergantung pada diri sendiri la samada nak buat ke tak kan... kalau nak sihat kena la buat

No pain, no gain... huhuhuhu...

Thursday, January 19, 2017

Apa sebenarnya?

Dah 2 kali jadi... selang 2 atau 3 hari jer

Kejadian 1

Selepas 'berbalas pantun' dengan anak lelaki sorang tu thru wasap masing2 kami senyap jer... sebagai mak mmg dok teringat jer la kat anak tu.. doa yg baik2 dan redho jer..

Satu pagi tu sebelum masuk waktu subuh teringat sangat kat dia. Baca Al Fatihah dan sedeqahkan pada dia..

Tup2 esok pagi terima 2 calls dari dia tapi bila jawap tiada tindakbalas dari hujung sebelah sana... risau amat..

Called pulak.. tanya kenapa called Ummi.. dia kata dia tak called pun.. hmmmm...

Ok.....

Lepas tanya khabar dan borak2 lebih kurang.. off phone...

Settled....

Kejadian 2

Semalam... dapat called dari abah 2 kali tapi x dpt nak jwp sbb phone 2g tu membengongkan diri dia... hihihih

Called semula abah tapi x der jawapan pulak...

Pagi ni called lagi rumah mak/abah.. rupanya abah tgh sakit perut. Allahukbar... semoga abah cepat sembuh..

Apa2 pun semua berlaku dengan izin Allah.. kalau fikir logik akal mmg mcm x logik...