Monday, January 23, 2017

Iridologi

Assalamualaikum...

Hari ni pergi mengadap Iridoligist? Pernah dengar tak? Hihihihi... ramai yg x pernah dgr tapi ni dah kali kedua menjengilkan mata utk diuji...

Bukan untuk tau tahap kerabunan mata tapi untuk uji tahap kesihatan diri. Pattern atau struktur iris boleh menentukan tahap kesihatan seseorang.

Macam biasa la... sama dgn jenis2 ujian lain, iridologi ni pun bukan 100% tepat. Kita boleh tahu sebab iridologist ni akan bagitau kita apa yang x kena dgn kita dan kita boleh semak dgn diri kita sendiri apa yg kita sedang sakit atau x selesa.

Untuk saya ialah saya ada stubborn and strong cell yg menyebabkan saya susah untuk rasa sakit dan dapat penyakit. Tapi pada masa yang sama badan saya banyak asid akibat dari kegemaran makan daging.

Tinggi kandungan sodium dan kalsium tetapi tidak dapat diserapkan kedalam tulang... mcm pening sikit nak faham dan hadam diagnose dia ni..

Dikhuatiri saya akan mudah dapat penyakit darah tinggi kalau tidak dicegah atau kalau tidak tukar gaya pemakanan..

Doktor tu kata cuba makan makanan yang disebut dalam Al Quran.

Setakat ni memang sedang ambil makanan tu semua sebagai supplement tapi as usual la kan.. tak disiplin..

Sebelum ni pernah juga buat ujian dengan gunakan kaedah electromagnetic palm reader.

Bila bandingkan kedua2 ujian ni diagnosis dia lebih kurang sama jer..

Maknanya kena exercise, minum banyak air, jaga pemakanan, makan suplement etc... Mcm yang biasa kita dengar dan baca... cuma bergantung pada diri sendiri la samada nak buat ke tak kan... kalau nak sihat kena la buat

No pain, no gain... huhuhuhu...

No comments:

Post a Comment