Tuesday, July 30, 2013

Natural Remedies - Kacang Kelisa @ Kacang Botol

Terdelete la pulak posting Petua Dari Ah So.

Re-post......

Petua ni dapat dari seorang cheche berbangsa Cina. Cheche ni kalau ikut raut muka dalam umur 50an. Dia grab banyak kacang kelisa dan bubuh dalam plastik. Heran jugak tengok sbb selalunya orang Melayu yang makan kacang kelisa ni buat ulam atau goreng buat dayur termasuk la orang yang menulis ni.

Tanya punya tanya rupanya cheche buat ubat utk rawat sakit buah pinggang yang dia sendiri hadapi.. Dia kata, petua ni pun dia dapat dari singseh.

 Dua-tiga kali setiap minggu dia akan blend 1/2 - 1 kilo kacang kelisa dan minum air + serat kacang kelisa ni. Dia kata setakat ni, dia buat regular check up hanya untuk tau tahap kesihatan buah pinggang dia dan tak perlu makan ubat dari hospital. Dia juga jaga pemakanan dia....

No harm trying... as for me, I prefer to take it as ulam....

21 Ramadan 1434H

Malam tadi bermula la pencarian Lailatul Qadar. Dapat ke tidak, itu urusan Yang Maha Mengetahui.....

Untuk kita pulak, sama-sama la kita ingat mengingati untuk menggandakan ibadah kita dan memperbanyakkan doa dan semoga Ramadan kali ini bukan Ramadan terakhir kita.

Semoga Ramadan kali ini menjadi Ramadan yang terbaik buat kita. Semoga amal dan usaha kita mendapat perhatian  dari Allah.... InsyaAllah

Sunday, July 28, 2013

18 Ramadan 1434H

Hari mendobi..... hampir tengah malam tadi baru sampai dari Taiping. Sempena cuti Nuzul Quran dan bersambung pulak dengan cuti hujung minggu, kami balik ke Taiping. Dapat la buka puasa ramai2 dengan keluarga Ida di Taman Pauh Jaya, Seberang Perai dengan keluarga Fuad, mak dan abah..... gawat sih.... ramai kanak2.... meriah dengan keletah dia oang

Semalam pulak, bukak puasan dengan keluarga Siti, Fuad, mak dan abah.... penuh pulak dengan makanan.. tapi Alhamdulillah, tiada  membazir...

Sunday, July 21, 2013

11 Ramadan

Dah masuk hari ke 11 .Ramadan. Kami masih di Temerloh atas urusan perniagaan di Uptown Temerloh. Jam telah menunjukkan pukul 2.16 pagi. Berhenti kejap di restoran mamak.