Thursday, December 5, 2013

Petua Untuk Membersihkan Sterika

Masih tak boleh nak post gambar, jadi kita tulis aja la ya.....

Kali ni nak kongsi petua utk hilangkan kain2 yg melekat di sterika akibat dari overheat.

Mudah dan murah....

Kita cuma perlu garam kasar dan kain sahaja... kain seeloknya jenis cotton sebab lasak sikit cthnya tuala kecik atau kain2 yg bukan kesayangan la..

Letak garam (ikut keperluan) atas kain, lepas tu gosok guna sterika yg bermasalah tu atas garam dan kain dgn kuasa elektrik terpasang ya... gosok sampai bahan2 yg melekat tu hilang...

Selamat mencuba

Alhamdulillah....

Syukur tak terhingga... akhirnya dapat kembali mencoret sesuatu di sini. Tetimakasih kepada semua pembaca.

Harap ada tulisan disini yg dapat dimanfaatkan... yg salah atau silap kita buat sempadan.