Thursday, March 29, 2012

Dorani Bayu Resort

 Tak banyak sangat aktiviti boleh dibuat kat sini especially untuk kanak-kanak. Sebab masa kami sekeluarga dengan satu lagi keluarga kawan datang sini, kolam mandi tak der, pantai pun tak boleh mandi sebab dekat kuala jadi pantainya berlumpur. Tak tau la pulak kalau sekarang ni dah ada kemudahan kolam renang.

Kalau buat hari keluarga dan BBQ mungkin sesuai la sebab kanak-kanak akan sibuk degan aktiviti main-main dan makan-makan. Kalau setakat pergi dengan anak-anak dan tak der aktiviti lain tu memang kurang sesuai. Sesiapa yang nak memancing mungkin boleh sebab ada bot nelayan yang offer pakej. 

Ada juga aktiviti naik bot nelayan ronda-ronda keliling dekat-dekat situ... yang lain tu tak pasti la pulak :-) Pemandangan boleh dikatakan ok juga...











Pelepah kelapa kering pun di beleknya.. tu la orang kata budak-budak pekan ni peghak sikit...tengok pokok kelapa pernah tapi tak pernah ada pengalaman raut lidi kelapa ka, tengok orang kait buah kelapa ka, pegang pelepah kelapa pun tak pernah, depa tau minum air kelapa ja... heheh




Nyonya ni tengah cari kepah ke kupang ke apa ntah... tapi sejenis siput la.. nama sebenarnya lupa la pulak. Aktiviti ni nyonya ni buat bawal 'chalet'. Best kan ... tak payah berpanas...heheheh :-)

Ada la orang yang tunjuk rajin tumpang banyak kaki kunun nak tolong cari... tapi dapat batu ada la








Tuesday, March 27, 2012

Barang-barang Lama Edisi 3

Lagi dari gobok arwah Tok.....

Pinggan bujur motif Bunga Kangkung

Pinggan bujur dari B.P. Co Ltd Scotland tahun 1964

Pinggan bujur retak seribu dari England tahun 1962

Pingan kuih bunga biru 

Mangkuk kaca yang cetek dan saiz lebih kurang 6 inci

Pinggan kuih bunga hitam

Pinggan kuih motif Bunga Kangkung


Sunday, March 25, 2012

Tips-tips Untuk Kurangkan 'Buang Angin'

Ustaz Haji Hashim Karim bagi tips ni. Amat berguna untuk orang yang kerap sangat 'buang angin' kut belakang tu :-) Tips ni elok diamalkan sebab kalau kerap sangat buang angin, kadang-kadang mengganggu kekusyukkan solat atau ibadah-ibadah khusus yang lain tu kan.. Tak rugi untuk mencuba... Insya-Allah semua penyakit ada ubatnya kecuali MATI.

Tipsnya ialah:-
  1. Amalkan baca Bismillah ketika hendak makan atau minum. Lagi elok kalau baca doa makan sebab tu sunnah.
  2. Bila menguap amalkan tutup mulut dengan belakang tangan (tangan sebelah atas) dan Ta'awudz. (A'uzubillah hi minassyaiton nir rojiim).
  3. Jangan makan makanan yang busuk-busuk seperti petai, jering, genuak dan sebagainya. Lagipun makan makanan jenis busuk-busuk ni kan makruh.
  4.  Selalu la pergi Qadzial hajat. (Untuk dapatkan 'selalu' ni berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Jadi banyakkan makan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dan banyakkan minum air kosong)
  5. Akhir sekali selalu lakukan solat hajat mohon dimudahkan segala amalan ibadah. 

Barang-barang Lama Edisi 2

Ni pinggan lama yang digunakan kat satu kedai makan

Ni gelas lama dari dapur arwah tok

Ni 'treasure box' mini. Material luar dia 'brass' dan dalam di balut dengan kain baldu warna biru keungguan. Beli daripada orang Kampung Baru, KL kalau tak silap di 'carboot sale'


Ni hadiah dari Pakcik (abang abah) tanda kenangan dari Sabah. Ukiran kayu bermotifkan bunga pakma. Memang pasti barang ni dah lebih dari 30 tahun. Kalau di 'varnish' akan lebih menyerlah. Malangnya tuan dia tak berapa nak rajin :-)

Thursday, March 22, 2012

Tips Untuk Mengubati Sakit Perut dan Muntah Teruk

Tips ni saya dapat dari Ustaz Nizam dari UM (kalau tak salah la... bukan tips yang salah tau, yang saya tak pasti tu Ustaz Nizam ni dari UM ke U mana entah :-). Dia ni selalu datang mengajar kat pejabat kami.

Sesiapa yang sakit perut sangat-sangat sampai bila makan jer keluar balik dan/atau sampai ketahap doktor bagi  ubat tahan muntah, lepas makan ubat tu dapat la bertahan dari muntah selama 5-6 jam, lepas tu muntah balik boleh la mencuba.

Ustaz kata dia pernah mengalami sakit perut dan muntah melampau macam ni dan telah cuba macam-macam cara sampai ada seorang kenalan dia yang juga seorang doktor menasihati dia supaya guna tips ni.

Walaubagaimanapun sekiranya kamu di luar sana ingin mencuba, pilihan dan risiko adalah ditangan kamu sendiri ya..... Kalau sesiapa yang mengandung tu baik jumpa doktor la ya... Tips ni rasanya sesuai untuk orang-orang yang bukan pembawa budak ajer :-)

Mudah, murah dan pada firasat saya dan dari pengalaman Ustaz Nizam sendiri, rasanya jauh sangat dari bahaya.

Caranya :-

1) Ambil tepung gandum dan isi sampai separuh penuh didalam 1 gelas
2) Masukkan air suam sampai penuh.
3) Kacau dan biar tepung mendap ke dasar gelas
4) Lepas tu minum airnya. (tak payah la makan tepung tu pulak...)

Sebelum tu jangan lupa baca Bismillah, selawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w dan berdoa lah semoga penyakit dapat sembuh. Insya-Allah dengan izinNya penyakit anda akan sembuh..

Selamat mencuba.

Barang-barang Lama Edisi 1


Di bawah ni adalah sebahagian dari barang-barang lama peninggalan arwah Tok. Orang lain tak berminat nak simpan jadi cucu yang sorang ni la kutip... tu pun kutip yang mana elok.. yang sumbing letak sebelah :-) Sekurang-kurangnya barang-barang ni dah berusia lebih kurang 30 tahun.


Pinggan lama yang nampak macam retak seribu ni datang dari England tahun 1962.


Bekas celup jari... sebab cetek sangat.. mana mungkin nak celup tangan kan.. sebelum makan kuih celup la jari tu dulu..

Pinggan makan

Wednesday, March 21, 2012

Tips Untuk Jemaah Umrah/Haji

Ustazah Rubiah dari Klang bagi tips ni. Rasanya amat berguna untuk para jemaah terutamanya jemaah Muslimah.

Tips ini berkaitan istinjak semasa dalam perjalanan terutamanya semasa didalam kapalterbang. Maklumlah bab-bab bersuci ni kena beri perhatian khusus apatah lagi kadang-kadang terdapat jemaah yang terus berihram didalam kapalterbang kan... atau sesiapa sahaja yang membuat penerbangan jauh dan dah tentu kena bersolat dalam kapalterbang kan..

Caranya mudah dan murah ajer :-

1) Sediakan kotak tetrapak kosong. Guna kotak besar.. kalau guna kotak kecik macam guna cawan kertas biasa yang dalam toilet kapalterbang tu jer la.. defeat the purpose.. :-)

2) Cuci kotak dan gunting bahagian atas (gunting keseluruhan bahagian atas). Kita guna kotak ni sebab dalam dia ada lapisan aluminium dan kotak tak mudah pecah.

3) Buka bahagian lipatan bawah kotak untuk tujuan senang nak masukkan dalam hand luggage.

4) Dalam kapalterbang masa nak pergi Qadzial Hajat tu, kalau Muslimah senang jer nak bawak. Kepit bawah ketiak dalam tudung.. saper pun tak nampak waima pramugari sekalipun.. bukan apa... nak elak malu...:-)

5) Jangan lupa bawa juga tisu yang agak kasar dan tak mudah hancur.

6) Dalam toilet, lembabkan tisu tadi dan lap permukaan tempat duduk toilet bowl.

7) Kemudian lap permukaan tempat duduk toilet bowl dengan tisu kering pula.

8) Lapik permukaan tempat duduk toilet bowl dengan kertas tisu kering yang baru (ni saya punya idea sebab selalu buat camtu)

9) Sebelum ber Qadzial Hajat tu isikan kotak tadi dengan air dan biarkan dalam singki sementara proses Qadzial hajat selesai :-)

10) Gunakan air dalam kotak untuk beristinjak dan pastikan air tak melimpah ke lantai toilet.. bahaya.. :-)

11) Semua tisu-tisu terpakai mestilah dibuang dalam tong sampah.

Qadzial hajat pun selesai, istinjak pun selesai dengan selesanya. Yang penting kebersihan kain ihram atau baju terpelihara....

Iklan yang tak dibayar ya :-)






Tuesday, March 20, 2012

Darurat Yang Belum Darurat....

Berkesempatan mengunjungi bandaraya Bangkok pada awal tahun lalu sedikit sebanyak dapat membuka mata kami berkaitan kehidupan sesetengah umat Islam disana.

Kurang pasti berkenaan status 'ibu' ini samada penduduk tetap, warganegara atau pelancong seperti kami. Tapi dia berjalan berseorangan seperti sudah terlalu biasa dengan tempat tu.

Biasa la kan, bila berada di luar negara dan berada di kelompok non-muslim, bila saja berjumpa dengan saudara seagama (anggapan kami sebab dari gaya pemakaiannya) memang terasa seronok. Lebih-lebih lagi bila berdepan dengan kesukaran mencari makanan.

Sebenarnya tak la susah sangat nak cari makanan halal di tengah-tengah kota Bangkok. Cuma perlu mencari. Bila terserempak dengan 'ibu' ini yang kebetulannya sedang menunggu panggangan (ayat tak boleh blah kata orang sekarang) hati kami pun berbunga la.

Maklum, bawa anak-anak bersama memang remeh sikit la sebab kena angkut kehulu kehilir sambil cari makanan. Tapi tu bukan isu yang cuba nak diketengahkan. Tak susahpun bawak anak-anak sebenarnya. Lagi happy dapat jalan-jalan satu keluarga :-)

Hati kami berbunga bukan sebab apa, sebab utamanya jumpa perempuan yang lengkap bertudung dengan sempurna dan jumpa orang jual makanan. Dalam hati kami terus kata 'mungkin makanan halal ni... tak perlu la jalan jauh hari ni..'

Mulut ringan jer bagi salam dan tanya orang Muslim ker yang jual. Bila 'ibu' ini bersuara dalam slanga Melayu  seberang lagi la kami bersyukur 'Oh... boleh berbahasa Melayu rupanya'.. sebab di Bangkok, kebanyakkan Muslim tempatan yang kami jumpa tak boleh berbahasa Melayu.

'Ibu' ni jawap 'bukan orang Muslim yang jual, tapi saya beli ayamnya aja... '  Kami tak cakap apa-apa, cuma senyum macam lagu Najwa (senyum... tak perlu kata apa-apa) - ni tahap serendah-rendah iman la ni... kami pun berlalu pergi dari situ...

Dalam perjalanan dok berbahas la kami anak beranak.. sesetengah Muslim ni cepat betul jatuhkan hukum darurat.. padahal belum sampai ke tahap tu lagi... :-(

Ustaz kata, kalau kita makan benda-benda yang tak tentu halal haramnya, salah satu akibatnya hati jadi mati, bila hati mati, doa susah nak makbul, amalan tak diterima..... Nauzubillah

Pendek kata kat mana pun kita berada, berusahalah untuk cari makanan yang halalan lagi toyyiban... sebab makanan akan jadi darah dan daging kita..