Sunday, June 24, 2012

Rukyah Syar'iyah (Perubatan Islam)

Kuliah Dato' Dr. Fatma 22/06/2012

Khusus untuk ubati penyakit-penyakit berkaitan makhluk halus atau mengelak daripada terkena gangguan.

Pesan Ustazah, kalau terkena pada kita, anak beranak, saudara mara atau kawan-kawan, jangan sesekali fikir apa yang terjadi itu adalah disebabkan perbuatan khianat orang. Yang paling penting adalah untuk mengubatinya.

Tanda-tanda diganggu makhluk halus :-

1) Susah nak tidur padawaktu malam
2) Tiap-tiap kali nak tidur rasa terkejut macam nak jatuh atau jatuh dari tempat tinggi
3) Mimpi binatang (contoh :- ular, anjing, kucing, singa dan sebagainya)
4) Mata tak boleh fokus pada waktu tengahari (bila cakap dgn orang lain secara bertentangan mata, mata tu seolah-olah bergerak ke kiri kanan tanpa sedar)
5) Tak nak mandi
6) Ketawa sendiri
7) Suka duduk dalam gelap
8) Suka duduk sorang-sorang
9) Tak berapa peduli pada suami atau isteri\
10) Sakit dimana-mana anggota badan tanpa diketahui puncanya (doktor tak dapat diagnos apa2 penyakit fizikal)
11) Cara makan kurang sopan khususnya kanak-kanak (contoh :- gelojoh)
12) Suka makan banyak sedangkan sebelumnya tidak macam tu
13) Malas
14) Rasa tak nak balik ke rumah sendiri
15) Rasa nak lari dari rumah
16) Suka cakap sorang-sorang
17) Rasa macam ada orang melintas kat belakang/depan
18) Dengar azan walaupun belum masuk waktu solat

Cara-cara untuk mengubatinya:-

Baca surah-surah dibawah secara berturutan sambil tangan disapukan diatas kepala. Kalau orang dewasa boleh buat sendiri. Bagi kanak-kanak pula elok ibu atau bapa buatkan. Dianjurkan untuk buat sekali seminggu atau sekerap yang boleh.

1) Surah Al-Fatihah
2) Surah Al-Baqarah Ayat 1-5
3) Surah Al-Baqarah Ayat 102
4) Surah Al-Baqarah Ayat 163
5) Surah Al-Baqarah Ayat 255 (Ayatul Kursi)
6) Surah Al-Baqarah Ayat 285-286
7) Surah Ali 'Imran Ayat 18-19
8) Surah Al A'raf Ayat 54-56
9) Surah Yunus Ayat 81-82
10) Surah Al Mu'minun Ayat 115-118
11) Surah As-Saffat Ayat 110
12) Surah Al-Ahqaf Ayat 29-32
13) Surah Ar-Rahman Ayat 33-36
14) Surah Al-Hasyr Ayat 21-24
15) Surah Al-Jin Ayat 1-9
16) Surah Al-Ikhlas
17) Surah Al-Falaq
18) Surah An-Nas

Baca seelok-eloknya sebelum solat Maghrib.  Selain dari tu boleh juga dihembuskan pada air setelah selesai bacaan. Boleh guna air biasa dan tidak semestinya air zam-zam. Amalkan bersedeqah. Boleh juga amalkan pasang CD bacaan Surah Al-Baqarah atau surah-surah Rukyah.

Untuk bayi-bayi yang suka menangis boleh juga dibacakan bacaan pendek berikut sambil menyusukan bayi tersebut:-

1) Surah Al-Fatihah
2) Ayat Kursi
3) Surah Al-Ikhlas
4) Surah Al-Falaq
5) Surah An-Nas

Doa bakar jin

"Maasya Allah hu kaana, wa maa lam ya syak, lam ya kun, wa la hau la wa la qu wa ta il la bil la hil 'a li yil a'zim"

Untuk Ubati Penyakit Kayap

Baca Surah Al-Fatihah (10 kali), tiup dalam air dan minum

atau

Baca Surah Al-Fatihah (40 kali) ata tempat yang terkena sakit tersebut

Wallahu'alam

Saturday, June 16, 2012

Sambal Sotong, Telur Dadar & Sup Cendawan Mee Sua





Ni lunch kami tengahari ni.... biasa sajer... combination kena ke tak kena ker tapi yang penting kena ikut selera.... :-)

Friday, June 8, 2012

Bihun Tom Yam Seafood

Untuk lunch hari ni kami 3 beranak makan bihun tomyam seafood jer... homemade

Tom yam putih ni tak pakai paste.... main campak-campak jer guna perkakas tom yam yang telah di keringkan seperti lengkuas, serai, daun limau purut dan cili api yang di beli di Bangkok itu hari... dah alang-alang ada benda tu kan.. buat jer la.. kalau guna barang-barang fresh lagi sedap...

Kami cuma tambah cili api, perahan limau nipis dan sikit air asam jawa secukup rasa dengan fresh vege iaitu carrot, bawang holland, tomato dan batang celery... sedapppppp.... heheh.. angkat bakul..



Kari Ikan & Butter Prawn Untuk Berbuka

Semalam Khamis 07/06/2012 ada 3 anggota keluarga yang berpuasa... jadi kami masak kari ikan dan butter prawn untuk juadah berbuka.... nyum..nyummy... sayur tak payah masak dah sebab ada banyak bendi dalaam kari dan ada salad bawah udang... Alhamdulillah... terimakasih Ya Allah atas rezeki yaang telah Engkau limpahkan kepada kami sekeluarga.. Amiinnn....





Sunday, June 3, 2012

Happy 13th Birthday Yaya

Didoakan semoga Yaya sentiasa di berkati Allah. Semoga panjang umur, murah rezeki dan dilimpahi rahmat Illahi..

Jadilah anak yang solehah.... belajar rajin-rajin.. semoga beroleh kejayaan didunia dan di akhirat..


Yaya masa umur 7 tahun...


2nd June 2012 - 17th Wedding Anniversary


Hari ni kami menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 17. Rasa macam baru semalam jer kahwin...hehehh :-)

Esok pulak hari ulangtahun anak ke2 yang ke 13. Sambutan berganda la kununnya.... :-)

Pepagi  lagi kami dah keluar menghala ke Kuala Selangor... jalan-jalan sambil makan-makan....

Jalan Puncak Alam - Batu Arang - Kuala Selangor









Sampai je ke pekan Pasir Penambang (kira-kira 1 kilometer sebelum sampai pekan Kuala Selangor) kami terus tuju ke pasar basah dia... beli lauk-lauk basah macam ketam, ikan dan sotong. Harga memang sangat berpatutan dan yang penting fresh datang dari nelayan sekitar....

Tak ambil gambar la pulak kat pasar tu.. nak pilih ikan bagai lagi.. kang tak pasal-pasal kamera makan ikan atau ikan makan kamera la pulak... heheheh

Kat bawah ni gambar-gambar sekitar kampung nelayan di Bagan Pasir















Pemancing-pemancing ikan duduk atas beting pasir yang memang bersih dan cantik... agaknya dari situlah asal nama Bagan Pasir 




Kuala Selangor sesak dengan kereta sampai ke Tanjong Karang... itu setakat yg kami pergi la.. mungkin sesak sampai ke atas lagi kut.... Setakat ni 'timing' kami masih cantik lagi... Alhamdulillah....

Gerai Cendol Borhan... biasa saja cuma ada perisa durian dan dia tak pakai gula melaka

Rumah api Bukit Malawati..sekarang ni kereta persendirian dah tak dibenarkan naik ke Bukit Malawati.. Pihak MDKS sediakan trem dengan harga RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak 6-12 tahun kalau tak silap..



Burung Kuang



Banir pokok bakau

Kebetulan hari ni ada perarakan kereta antik dari kaki Bukit Malawati sampai ke puncak Bukit Malawati





Trem







Pantai Jeram

Restoran ikan bakar di Pantai Jeram... ada orang buat kerja kahwin tengahari tu...

Pantai Remis... tak berapa perasan samada ada kulit remis ke tidak tapi kulit kerang memang bersepah la... 


Antara siput-siput yang dijual di Pantai remis... kerang ada 3 saiz, lala, remis, lokan dan memacam lagi la



Ais krim goyang di Pantai Remis, Selangor... harga RM0.50. Macam-macam perisa dari air soda...

Kat bawah ni semua gambar-gambar sepanjang perjalanan balik dari Pantai Remis hingga ke Klang...









Wattammat.... Alhamdulillah.. sampai semula ke rumah dengan dengan selamat....