Sunday, June 3, 2012

2nd June 2012 - 17th Wedding Anniversary


Hari ni kami menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 17. Rasa macam baru semalam jer kahwin...hehehh :-)

Esok pulak hari ulangtahun anak ke2 yang ke 13. Sambutan berganda la kununnya.... :-)

Pepagi  lagi kami dah keluar menghala ke Kuala Selangor... jalan-jalan sambil makan-makan....

Jalan Puncak Alam - Batu Arang - Kuala Selangor









Sampai je ke pekan Pasir Penambang (kira-kira 1 kilometer sebelum sampai pekan Kuala Selangor) kami terus tuju ke pasar basah dia... beli lauk-lauk basah macam ketam, ikan dan sotong. Harga memang sangat berpatutan dan yang penting fresh datang dari nelayan sekitar....

Tak ambil gambar la pulak kat pasar tu.. nak pilih ikan bagai lagi.. kang tak pasal-pasal kamera makan ikan atau ikan makan kamera la pulak... heheheh

Kat bawah ni gambar-gambar sekitar kampung nelayan di Bagan Pasir















Pemancing-pemancing ikan duduk atas beting pasir yang memang bersih dan cantik... agaknya dari situlah asal nama Bagan Pasir 




Kuala Selangor sesak dengan kereta sampai ke Tanjong Karang... itu setakat yg kami pergi la.. mungkin sesak sampai ke atas lagi kut.... Setakat ni 'timing' kami masih cantik lagi... Alhamdulillah....

Gerai Cendol Borhan... biasa saja cuma ada perisa durian dan dia tak pakai gula melaka

Rumah api Bukit Malawati..sekarang ni kereta persendirian dah tak dibenarkan naik ke Bukit Malawati.. Pihak MDKS sediakan trem dengan harga RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak 6-12 tahun kalau tak silap..



Burung Kuang



Banir pokok bakau

Kebetulan hari ni ada perarakan kereta antik dari kaki Bukit Malawati sampai ke puncak Bukit Malawati





Trem







Pantai Jeram

Restoran ikan bakar di Pantai Jeram... ada orang buat kerja kahwin tengahari tu...

Pantai Remis... tak berapa perasan samada ada kulit remis ke tidak tapi kulit kerang memang bersepah la... 


Antara siput-siput yang dijual di Pantai remis... kerang ada 3 saiz, lala, remis, lokan dan memacam lagi la



Ais krim goyang di Pantai Remis, Selangor... harga RM0.50. Macam-macam perisa dari air soda...

Kat bawah ni semua gambar-gambar sepanjang perjalanan balik dari Pantai Remis hingga ke Klang...









Wattammat.... Alhamdulillah.. sampai semula ke rumah dengan dengan selamat....


No comments:

Post a Comment