Thursday, August 28, 2014

Natural Remedies- Jus Buah Kiwi

Minggu lepas, anak sulong demam panas sampai suhu badan naik hampir cecah 40 darjah Celcius.

Risau sangat sbb demam berterusan lebih seminggu. Ubat demam, antibiotik semua dah habis, demam tak juga kebah.

Sampai Doktor klinik biasa nak rujuk ke pakar sbb demam lama sangat dan takut kena denggi... Allahuakbar... kalau benar la... maknanya kali ke3 kena jangkitan.

Anak tak nak pergi sebab terikat dengan peperiksaan percubaan. Mak pening kepala..

Baru teringat pernah baca pasal jus buah kiwi dan jus noni yang boleh kurang demam denggi... walapun belum sah kena demam denggi tapi risau tu tetap bersarang di benak fikiran dan hati..

Alhamdulillah lepas 3 kali minum jus kiwi fresh dan dengan izin Allah, demam panas langsung hilang...

Boleh la cuba rawatan alternatif ni...

Sunday, July 27, 2014

Friday, July 18, 2014

Innalillah

Sedih dengar berita pasal MH17.

Takziah diucapkan kepada keluarga penumpang dan kru.

Semoga tabah dan sabar dengan ujian dan dugaan ini.

Al Fatihah

Friday, July 11, 2014

Allahuakbar

Sedih dengan berita mengenai saudara-saudaraku yang sedang ditimpa musibah di bumi anbiya Palestin.

Mari sama-sama kita panjatkan doa semoga Allah memusnahkan tentera-tentera kufar.

Mari sama-sama kita baca Qunut Nazillah. Selain dari itu boleh juga baca Surah Yunus ayat 85, 86 dan 88....

Friday, July 4, 2014

Wednesday, April 23, 2014

Natural Remedies - Daun Betik & Mengkudu

Ok.... kali ni nak cerita pengalaman kawan2 mengubati penyakit denggi dan penyakit2 lain berkaitan darah contohnya darah tinggi, darah rendah, kurang darah dsb

Untuk yg kena demam denggi boleh la cuba blend daun betik muda satu lembar dgn air masak atau air mineral dan tapis. Minum jus daun ni sehari sekali...

Demam denggi juga boleh diubati dengan minum jus noni@ mengkudu setiap 3 jam ikut sukatan yg diberikan oleh pengeluar.

Jus noni ni ada yang telah dibotolkan. Sama juga dengan jus betik... cuba cari di pasaran terutamanya di kedai2 yang jual ubat tradisional.

InsyaAllah... kita cuma ikhtiar, Allah la yang memberikan penyemhuhannya...

Friday, January 24, 2014

8 Perkara Untuk Melatih Diri Menjadi Hamba Allah Yang Sentiasa Beristiqomah dan Tenang

Kuliah Ustazah Dato' Dr Fatma - Jumaat 24/01/2014

Surah Al Maarij Ayat 22 - 34

1) Mengerjakan solat
2) Mengerjakan solat secara berterusan (constant)
3) Mengeluarkan zakat
4) Sentiasa yakin dengan hari kiamat/akhirat fan sentiasa takut akan Allah dan siksa neraka
5) Jaga kehormatan diri - tidak berzina (termasuk zina mata dll)
6) Amanah dan tepati janji
7) Menjadi saksi yang adil dan betul
8) Menjaga solat (jaga waktu, wudhu', khusyuq, rukun dsb)

Monday, January 20, 2014

Petua Untuk Kes2 Kemalangan Kecil Di Rumah

Kali ni untuk kes2 kemalangan kecil pada kulit seperti terkena minyak panas atau kuali panas dsbnya yg boleh menyebabkan melecur kecil pada kulit.

Kalau tak dirawat dengan cepat, kulit boleh menggelembung dgn kandungan air terbentuk dibawah dia.... Bila melecet, pedihnya Allah jer yg tahu kan...

Untuk rawatan cepat, bila terkena minyak atau benda2 panas ni, cepat2 sapu dgn ubat gigi.. bubuh bnyk2 kat tempat yang terkena tu supaya rasa panas cepat hilang dan kulit pun tak jadi gelembung air. Biar sampai rasa panas hilang atau ubat gigi kering dengan sendirinya...

InsyaAllah dengan izinNya, kulit tak menggelembung dan boleh kurangkan risiko kulit melecet.... cuba try test tengok... :-)

Thursday, January 2, 2014

Tahun Baru Masihi

Alhamdulillah.... syukur tak terhingga ke hadrat Allah yang telah memanjangkan umur hambaNya ini.

Tahun yang dijangkakan penuh dengan cabaran sebagai rakyat Malaysia yang ketika ini dihimpit dengan hampir keseluruhan kos sara hidup meningkat naik.

Sejak beberapa hari lepas, pasakkan dalam minda anak2 tentang perlunya lebih berjimat. Tentang perlunya kerja keras. Tentang tersangat perlunya sandaran kepada yang Maha Esa.

Mengertikah dikau wahai anak2 ku sementelah umur yang masih mentah itu? Walau apa pun tetap syukur dengan nikmat udara yang tak perlu dibayar, nikmat umur yang masih dipanjangkan, nikmat kesihatan yang tidak terhingga nilainya....

Terimakasih Ya Rabb...