Sunday, April 22, 2012

Pengalaman Ustaz & Ustazah di Mekah & Madinah

Kelas hari ni agak lain sikit...

Ustaz ngan Ustazah leka bercerita tentang pengalaman masing-masing... kita yang agak cetek ilmu ngan pengalaman ni boleh la kutip pengalaman dia orang untuk dijadikan iktibar ........

Ada orang cukup berbangga dengan pengalaman berada di luar negara contohnya London, Paris dan sebagainya dan sanggah pulak kata-kata Ustaz pasal perlunya berhati-hati bila berada samada di Madinah atau Mekah.

Ya la, dekat London, Paris katanya boleh pi shopping atau jalan-jalan sorang-sorang (penulis tak der pengalaman sebab belum sampai lagi kesana...) .. tapi lain pulak halnya kat Madinah atau Mekah.. walaupun dua kota tu adalah kota suci tapi orang-orang kat situ belum tentu sucinya..

Tambahan pula, kata Ustaz kat situ lagi besar jin syaitannya... bukan besar badannya sebab kita tak nampak, besor pangkatnya la.. kalau takat kat Malaysia ni, untuk marhaen macam penulis ni kira syaitan pangkat koperal pun dah besor gila, kat sana syaitan pangkat jeneral yang dok berkeliaran cari mangsa.....

Tu pasal kita akan dengar macam-macam cerita pasal kes pencabulan keatas jemaah wanita.. jadi nya dinasihatkan jemaah wanita ni janganlah berani-berani nak jalan sorang-sorang atau pi masuk kedai shoping sorang-sorang.... bawaklah mahram bersama dan pergi waktu selepas orang solat..

Sebab kat sana, kalau jemaah wanita pergi shopping time orang sibuk-sibuk nak pergi solat (boleh dikatakan semua kedai ditutup masa hampir masuk waktu solat dan dibuka semula lepas solat), dia (jemaah wanita) dianggap perempuan tak elok oleh orang-orang kat sana. Sebab tu selalu dengar kes cabul berlaku di waktu-waktu macam ni.

Lagi satu, kalau jemaah wanita uzur pun time tu, keluar juga pergi masjid dan duduk atau tunggu mahram kat luar sebab time ni pun orang tak der dan banyak pulak alasan pekeja-pekerja hotel tu bagi semata-mata nak masuk bilik... dan ambil kesempatan.. jadi berhati-hati lah.....

Jemaah wanita juga dinasihatkan supaya tak payah la berbuat baik sangat dengan pekerja-pekerja hotel.. dia orang ni suka perasan... dan lepas tu tak leh tahan perasaan.. jadik haru la....

Macam tu la lebih kurang apa yang Ustaz & Ustazah cerita minggu ni.....

Saturday, April 21, 2012

Barang-barang Lama Edisi Terkini

Frame gambar dari tembaga. Ni beli dari sorang pakcik dari Kampung Baru, KL.

Penyangkut kunci dari tembaga. Bentuk pokok. Juga beli dari pakcik dari Kampung Baru, KL

Koleksi senduk nasi dan sudu tembaga. Dari gobok arwah Tok dan mak.


Koleksi sudu porcelain dari gobok arwah Tok

Lagi koleksi sudu porcelain dari gobok arwah Tok

Seterika lama
Tepak sirih lama

Wednesday, April 11, 2012

Jalan-jalan Cari Makan @ Selera Rimba, Sungai Lembing, Sungai Panjang, Sabak Bernam

Cuti umum Hari Pertabalan DYMM Yang Di Pertuan Agong hari ni kami ambil kesempatan untuk melayan tekak. Sekali sekala apa salahnya kan. Tapi kali ni agak berbeza sebab we are going for exotic foods (at least for us... )

Dari rumah dalam pukul 12.00 tengahari kami terus masuk PLUS. Keluar exit kat bawah tu terus masuk ke Felda Sungai Tengi dan masuk pulak Felda Suhartoe. Dari situ keluar ke jalan lama Tanjung Malim - Sungai Besar. Pada sesetengah tempat, jalan dia agak teruk. Kena pandu perlahan sikit dan mujur kereta tak banyak jadi boleh la manuever kiri kanan tanpa mengganggu kenderaan lain. Kami sampai tempat yang dituju tu hampir jam 2.00 petang.... Huhhhhh.... such a long journey just to have lunch.... tapi berbaloi.. nasib baik sebelum keluar dah isi perut dulu dengan bihun goreng yang dimasak untuk breakfast pagi tadi :-)

Oleh kerana makanannya eksotik, maka harga pun eksotik la juga... Jadi kalau nak makan kat situ jangan datang dengan poket kosong... tak pasti pulak kedai ni terima credit card ke tidak... :-)

Sepanjang kami kat situ kedai ni ada ramai pelanggan luar. Ada yang datang sejauh dari Singapura.. bermotosikal lagi... tapi besarrrr punya la....heheheh 





Kat bawah ni gambar-gamabr just after keluar dari Tol Bukit Tagar. Tiang-tiang letrik dia mengingatkan kami tentang pemandangan yang hampir sama di Bangkok dan Hatyai/Songkhla yang kami pernah pergi.
Ada yang dipasang di dua-dua belah jalan dan ada pulak pada sebelah jalan jer. '











Ni simpang pertama yang kami lalu selepas keluar dari Tol. Belok kanan. Kami tak pakai GPS jadi tak boleh bubuh koordinat dia kat sini :-)





Ni makanan yang kami pesan. Ulam-ulaman, daging landak, daging rusa, ayam kampung... memula pesan ayam hutan tapi dah habis la pulak... mungkin sebab kami lambat sampai kut.. , air dua jug (apple dan suam), nasi 2 mangkuk besar..

Ulam raja, tomato dan pucuk ubi rebus sebagai ulaman. 

Ni yang paling sedap... rendang daging landak (1/2 kilo - ukuran berat selepas masak + gravy)

 Ni pulak ayam kampung goreng (pesanan kami -3 ketul besar, bila dah dipotong2 dan digoreng jadik la macam ni   

 Ni masak lemak cili api daging rusa (1/2 kilo - jangan tipah tertipu pulak ya.. cara timbang dia ialah selepas dimasak bukan daging semata - ukuran berat selepas dimasak + kuah). Rasa kuah masakan ni kurengggg ummmphhh

AFTERMATH :-)

Licin..... tinggal tulang denga kuah sikit-sikit jer







Ni baki makanan budak sorang tu... lauk habis..nasik tinggal.. 



Tuesday, April 10, 2012

Carcosa Seri Negara

Terima jemputan untuk hadir 'lunch-talk' di Carcosa Seri Negara. Jauh berbeza dengan tempat lain yang pernah di hadiri, Carcosa cukup berbeza dari segi keekslusifan (heheh... ada ke perkataan ni) nilai estetikanya.  

Saya memang suka sangat dengan sesuatu yang penuh dengan nilai-nilai estetikanya tapi tak dapat ambil gambar banyak sangat sebab terikat dengan 'lunch-talk' yang dijalankan :-(







Sunday, April 8, 2012

Azfar

Multi talented. Boleh main macam-macam jenis sukan tapi agak pendiam.. Anak nombor 3 dari 4 orang adik beradik.. Tua setahun dari Nana.

Ada 1 jer jugak gambar sorang dia..


Mikhail (Abang Ngah)

Anak ke 2. Juga lahir di Jepun. selalu panggil dia Mika jer.. Tak banyak cakap... Tapi boleh tahan gak nakalnya.. hehehe... Tak der pulak gambar muka dia... tak pe la.. nanti bila jumpa gambar dia boleh la upload lagi....



Amrina

Anak bongsu dari 4 beradik. Sebaya dengan Mikhail...