Wednesday, April 11, 2012

Jalan-jalan Cari Makan @ Selera Rimba, Sungai Lembing, Sungai Panjang, Sabak Bernam

Cuti umum Hari Pertabalan DYMM Yang Di Pertuan Agong hari ni kami ambil kesempatan untuk melayan tekak. Sekali sekala apa salahnya kan. Tapi kali ni agak berbeza sebab we are going for exotic foods (at least for us... )

Dari rumah dalam pukul 12.00 tengahari kami terus masuk PLUS. Keluar exit kat bawah tu terus masuk ke Felda Sungai Tengi dan masuk pulak Felda Suhartoe. Dari situ keluar ke jalan lama Tanjung Malim - Sungai Besar. Pada sesetengah tempat, jalan dia agak teruk. Kena pandu perlahan sikit dan mujur kereta tak banyak jadi boleh la manuever kiri kanan tanpa mengganggu kenderaan lain. Kami sampai tempat yang dituju tu hampir jam 2.00 petang.... Huhhhhh.... such a long journey just to have lunch.... tapi berbaloi.. nasib baik sebelum keluar dah isi perut dulu dengan bihun goreng yang dimasak untuk breakfast pagi tadi :-)

Oleh kerana makanannya eksotik, maka harga pun eksotik la juga... Jadi kalau nak makan kat situ jangan datang dengan poket kosong... tak pasti pulak kedai ni terima credit card ke tidak... :-)

Sepanjang kami kat situ kedai ni ada ramai pelanggan luar. Ada yang datang sejauh dari Singapura.. bermotosikal lagi... tapi besarrrr punya la....heheheh 





Kat bawah ni gambar-gamabr just after keluar dari Tol Bukit Tagar. Tiang-tiang letrik dia mengingatkan kami tentang pemandangan yang hampir sama di Bangkok dan Hatyai/Songkhla yang kami pernah pergi.
Ada yang dipasang di dua-dua belah jalan dan ada pulak pada sebelah jalan jer. '











Ni simpang pertama yang kami lalu selepas keluar dari Tol. Belok kanan. Kami tak pakai GPS jadi tak boleh bubuh koordinat dia kat sini :-)





Ni makanan yang kami pesan. Ulam-ulaman, daging landak, daging rusa, ayam kampung... memula pesan ayam hutan tapi dah habis la pulak... mungkin sebab kami lambat sampai kut.. , air dua jug (apple dan suam), nasi 2 mangkuk besar..

Ulam raja, tomato dan pucuk ubi rebus sebagai ulaman. 

Ni yang paling sedap... rendang daging landak (1/2 kilo - ukuran berat selepas masak + gravy)

 Ni pulak ayam kampung goreng (pesanan kami -3 ketul besar, bila dah dipotong2 dan digoreng jadik la macam ni   

 Ni masak lemak cili api daging rusa (1/2 kilo - jangan tipah tertipu pulak ya.. cara timbang dia ialah selepas dimasak bukan daging semata - ukuran berat selepas dimasak + kuah). Rasa kuah masakan ni kurengggg ummmphhh

AFTERMATH :-)

Licin..... tinggal tulang denga kuah sikit-sikit jer







Ni baki makanan budak sorang tu... lauk habis..nasik tinggal.. 



No comments:

Post a Comment