Thursday, August 29, 2013

Menjelang 31 Ogos 2013 - Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 56 Tahun

Seperti kebiasaannya, kalau buat kat KL dan lebih tepat lagi kat Dataran Merdeka, barang sudah pasti keseluruhan KL terutamanya pusat bandaraya akan sesak teruk.

Seawal minggu ni, jalan dah sesak. Bermula Rabu 28/08/2013 banyak jalan menuju ke pusat bandaraya ditutup kepada lalulintas untuk memberi laluan kepaa upacara raptai yang dijalankan.

Hari ni lagi teruk sebab semua jentera berat dari pasukan2 beruniform yg dibawa untuk acara tu dah masuk bandar.

Sesapa yang keluar lewat, memang masak la.........

Sorry gambar tak boleh nak upload..... tab ni tak berapa cerdik ke, tuan dia yg tsk berapa nak pandai ker tak tau la.... hehehe

Friday, August 23, 2013

Jumaat - 23 Ogos 2013 Bersamaan 16 Syawal 1434H

Telah 16 hari Ramadan meninggalkan kita. Semoga apa jua ibadah2 yang telah kita amalkan semasa Ramadan terdahulu, dapat kita terus istiqamah untuk mengamalkannya.

Pagi Jumaat yang penuh rahmat ini, KL dan Shah Alam hampir keseluruhannya dibasahi dengan hujan bermula awal pagi tadi dan masih renyai2 pada saat ini.

Alhamdulillah...... terimakasih Ya Allah...

Saturday, August 17, 2013

Sabtu 17 Ogos 2013 - 10 Syawal 1434H

Cuaca pada jam 6.30 pagi di Shah Alam ni mcm nak hujan. Angin tengah kuat menderu di luar nun. Ya Allah, turunkanlah hujan rahmat kepada kami. Telah beberapa hari bumi Shah Alam ni tidak dibasahi drngan hujan. Cuaca sangat terik. Ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Allah. Amiin....

Thursday, August 15, 2013

8 Syawal 1434H - 15 Ogos 2013

Life's back to normal... start kerja.. sebab sekolah masih ditutup, jalan pun tak jem. Agak awal sampai ofis tadi.

Hujung2 minggu nanti KL sesak la dgn org yang nak pi open house. Kadang2 sampai Zulkaedah pun masih ada open house lagi...

Kepada yang telah selesai puasa sunat Syawal, Alhamdulillah...

Kepada yang baru nak mula, selamat berpuasa...

Sunday, August 11, 2013

Mulberry

Fresh dari ladang... jangan ingat kat negara 4 musim jer boleh jumpa buah ni tau... kat sini pun ada.. cuma mungkin buah dia sikit bantut kemetot la.. macam buah kat bawah ni dah agak masak dan rasa masam sikit tapi bila dia dah tukar jadik merah kehitaman, rasa dia mabeles ko.....

Daun pokok mulberry ni pun orang buat ulam atau buat sayur lemak, so far tak cuba lagi.. jadi tak tau apa rasa daun dia.. untuk dapatkan banyak buah, pokok dia mesti selalu kena cantas.. kalau mabuk daun jer, buah tak der atau kurang...




Pokok Daun Cabang Tiga

Usah ditanya nama saintifik pokok ni ya.. yang pastinya pucuk muda dia boleh dibuat ulam.. makan nasik panas2 dengan ikan goreng, sambal belacan ngan ulam ni pun boleh 2 pinggan langsai... hehehe...

rasa pucuk dia ni lemak tapi tak der kelat langsung... ngam... kat keliling rumah mak abah ni macam-macam pokok ulam ada..



Kursus Bina Pasukan

Salah satu game yang kami kena main.. Kami?... heheh... ahli pasukan lelaki sahaja.... ladies tengok jer sambil bagi kata semangat







Bekam Angin

Just before pilihanraya itu hari... sambil-sambil dengar ceramah pilihanraya boleh gak berbekam.. bekam angin ni dia guna buluh... sambil tolong orang meniaga, InsyaAllah boleh gak buangangin kus-kus dari dalam badan tu... :-)


 Udah macam raksaksa yang selalu lawan ngan Ultraman tu.... :-)


Proses Scan Usus Besar

Hari ni berblogging jer la kiter.... ni koleksi gambar2 dari hp. Baru jer transfer ke lappy, tu pasal gigih mengepost... heheheh

Kejadian ni berlaku awal tahun.. disebabkan berlaku abnormalities pada proses pembuangan air besar dan sejarah2 sebelum ni, doc ambik keputusan untuk scan usus besar... not me... but my other half yang dok tersengeh atas katil tu...

Memula tersengeh la... nampak tak kabel besar hujung kaki tu.. benda tu la bakal di masukkan melalui dubur... bapak besor wei.. lebih kurang cam getah paip tuuu...

Semalaman sebelum scan, doc suruh puasa. Makan benda lembut-lembut. Jangan makan sayur sbb nanti sayur mudah terlekat kat usus dan susah nak scan dan boleh sebabkan alat tu rosak.

Alang-alang tak boleh makan dan nak bagi proses lagi mudah, elok puasa terus.. buka puasa pun makan bubur jer. 

Sebelum masukkan benda tu off course la letak gel pelincir.. kalau idak mau meraung.. doc kata lepas masuk ubat bius mesti orang yang tersengih tu meracau...

Sungguh pun, lepas 15 minit mula la dia suruh kita gi pasar beli lauk la... macam2 lagi.. doc ngan kiter dok gelak la.. doc kata masa ni la you nak mintak no pin ATM ker, nak suruh dia cerita hat secret2 ker.... hehehe... idak la wei... sian org tengah sakit tu...

Masa buat tu, nampak la keadaan usus besar kita ni yang berkeluk-keluk macam katam tebu... Subhanallah... doc kata usus besar ni sebenarnya nipis jer.. kena hati-hati masa masukkan kamera, usus boleh luka atau terkoyak kalau buat kasar2... kalau ada najis yang terlekat, nurse akan flush air masuk supaya result lebih tepat... kat satu tempat, boleh nampak benda kehitaman tepi usus..doc kata tu hati.. heheh.. doc buat lawak, bukan hati hitam tapi nampak cam hitam... heheheh.. walaupun puasa sehari danbukapuasa cuma makanbubur jer,tapi ada gak najis terlekat kat tempat keluk2 tu...

Alhamdulillah semua settle tanpa ada sebarang implikasi atau sakit2 yang tidak diingini... Terimakasih Allah...





Jom Mengecat

 Memandangkan cuaca pun sangat mengizinkan ketika ini di area Kg Expo ni, adik (Fuad) dan anak-anak dan anak-anak sedara yang tercinta bergotong royong mengecat pagar dan grill rumah yang dah berkarat dek di mamah hujan dan mentari....

Ada jugak faedah dan pengalaman kanak-kanak ni.. kalau tak dok mandom depan tv atau pc atau gadget2 lain jer... so unlively.....







Kereta Breakdown Di Highway Kesas Area Bukit Lanjan

Cerita lama tapi berlaku dalam tahun ni jugak...

Merasa la stranded tepi jalan, tengah sibuk pulak tu sebab semua orang nak gi kerja.. merasa gak naik tow truck....









Cendawan Tumbuh Selepas Hujan

Masa pergi pasar minggu tadi, ternampak cendawan kat tepi jalan kat tempat nak park kereta. Subhanallah.... cantik sungguh.. flora yang tumbuh tanpa kita nampak pun bijik benih dia.... besarnya kuasaMu Ya Allah. Besar cendawan ni ada yang lebih besar dari penumbuk saya... ada lebih dari 5 kuntum, tapi 3 jer yang masih intact kat tanah







4 Syawal 1434H - 11 Ogos 2013

Jam 9.00 pagi waktu Malaysia, 23 darjah Celcius... suhu semasa di Kg Expo, Kamunting... hujan renyai2 buat rasa nak tido jer.. kunun nak gi pasar minggu cari ikan bilis pun dah terbantut nampaknya... berblogging jer la.... hhehehe

Tapi kejap lagi nak kena keluar gak, kalau tak kutu pun boleh mati tau.... hhehhhheheheheheh

3 Syawal 1434H - 10 Ogos 2013

Pagi2 lagi kami dah gi kedai mamak cari roti canai.. Alhamdulillah  sebab masih pagi, orng pun belum ramai, jadi tak payah la menunggu lama.

Kat rumah, mak masak bihun goreng untuk sarapan. Cuaca panas sesuai sungguh untuk mendobi... Semalam dah seharian berjalan, hari ni kerja.....

Basuh, jemur, lipat kain..... dalam cuaca panas terik.... hehheheh   bukan kena cuci pakai tangan pun dah mengeluh....   hehhehehehee.... rutin jer pulak tu

Belah malam pulak, kunjungan dari keluarga Cik Jamil... jamu makan nasik jer la... dia orang otw ke Penang sbb ada tugasan menanti Cik Jamil di sana sebagai jurucakap rombongan meminang keluarga belah Almarhumah Cik Bimah dari Batu Pahat.

Lepas tengok bola Malaysia lawan Barca (kat tv jer la), baru dia orang bertolak ke Penang. Jam 11 mlm.... mengoloh boh......

2 Syawal 1434H - 9 Ogos 2013

Pagi Jumaat lebih kurang jam 11 pagi, selepas keluarga Ida bertolak ke Sri Iskandar dan selepas melayan tetamu iaitu Cik Adi dan family, kami bertolak ke rumah Cik Jamil di Taman Perpaduan Ipoh atau lebih tepat lagi Tambun.

Pesat membangun sungguh kawasan tu dgn The Haven, The Banjarans dan Sunway Lost  World of Tambun.

Dirumah Cik Jamil kami di jamu dengan laksa dan nasik kari ayam. Walaupun dah tinggal bujang berdua dengan anak bujang dia Joi.. dia tetap jugak masak juadah raya sama seperti masa Almarhumah Cik Bimah masih ada.

Lepas semua org balik dari solat Jumaat, kami bertolak pulak ke Cameron Highlands. Bergenang airmata Cik Jamil.... mungkin dia sedih ngan sebak kut sebab kami nak balik dah... maklum la.. sekarang ni pun dia tinggal berdua jer ngan anak dan mungkin sunyi la kut... Alhamdulillah dia ada bengkel kereta lepas pencen dari Kemeterian Penerangan. Dapat jugak la dia borak2 dengan pelanggan2 dia tapi masih tak sama dengan kehadiran seorang isteri kan...

Apa pun di doakan semoga Cik Jamil seisi keluarga sentiasa di lindungi Allah... Amiiiiin

Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Tabarakallahu minna wa minkum. Semoga Allah menerima amalan saya dan anda. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir dan batin.

Tuesday, August 6, 2013

Berita Terkini Dari Tengah Bandaraya KL - 28 Ramadan 1434H Jam 12.30 Tengahari

Jalan TAR, Lorong TAR, Jalan Tun Perak, Jalan Masjid India, Jalan Raja Laut sesak dengankenderaan dan orang2 yg samada nak menyopping last minute atau peniaga2 yangnak melelong barang last minute juga..

Sekian, laporan dari Menara dot dot dot untuk Buletin Terkini No 8.