Sunday, August 11, 2013

2 Syawal 1434H - 9 Ogos 2013

Pagi Jumaat lebih kurang jam 11 pagi, selepas keluarga Ida bertolak ke Sri Iskandar dan selepas melayan tetamu iaitu Cik Adi dan family, kami bertolak ke rumah Cik Jamil di Taman Perpaduan Ipoh atau lebih tepat lagi Tambun.

Pesat membangun sungguh kawasan tu dgn The Haven, The Banjarans dan Sunway Lost  World of Tambun.

Dirumah Cik Jamil kami di jamu dengan laksa dan nasik kari ayam. Walaupun dah tinggal bujang berdua dengan anak bujang dia Joi.. dia tetap jugak masak juadah raya sama seperti masa Almarhumah Cik Bimah masih ada.

Lepas semua org balik dari solat Jumaat, kami bertolak pulak ke Cameron Highlands. Bergenang airmata Cik Jamil.... mungkin dia sedih ngan sebak kut sebab kami nak balik dah... maklum la.. sekarang ni pun dia tinggal berdua jer ngan anak dan mungkin sunyi la kut... Alhamdulillah dia ada bengkel kereta lepas pencen dari Kemeterian Penerangan. Dapat jugak la dia borak2 dengan pelanggan2 dia tapi masih tak sama dengan kehadiran seorang isteri kan...

Apa pun di doakan semoga Cik Jamil seisi keluarga sentiasa di lindungi Allah... Amiiiiin

No comments:

Post a Comment