Sunday, April 22, 2012

Pengalaman Ustaz & Ustazah di Mekah & Madinah

Kelas hari ni agak lain sikit...

Ustaz ngan Ustazah leka bercerita tentang pengalaman masing-masing... kita yang agak cetek ilmu ngan pengalaman ni boleh la kutip pengalaman dia orang untuk dijadikan iktibar ........

Ada orang cukup berbangga dengan pengalaman berada di luar negara contohnya London, Paris dan sebagainya dan sanggah pulak kata-kata Ustaz pasal perlunya berhati-hati bila berada samada di Madinah atau Mekah.

Ya la, dekat London, Paris katanya boleh pi shopping atau jalan-jalan sorang-sorang (penulis tak der pengalaman sebab belum sampai lagi kesana...) .. tapi lain pulak halnya kat Madinah atau Mekah.. walaupun dua kota tu adalah kota suci tapi orang-orang kat situ belum tentu sucinya..

Tambahan pula, kata Ustaz kat situ lagi besar jin syaitannya... bukan besar badannya sebab kita tak nampak, besor pangkatnya la.. kalau takat kat Malaysia ni, untuk marhaen macam penulis ni kira syaitan pangkat koperal pun dah besor gila, kat sana syaitan pangkat jeneral yang dok berkeliaran cari mangsa.....

Tu pasal kita akan dengar macam-macam cerita pasal kes pencabulan keatas jemaah wanita.. jadi nya dinasihatkan jemaah wanita ni janganlah berani-berani nak jalan sorang-sorang atau pi masuk kedai shoping sorang-sorang.... bawaklah mahram bersama dan pergi waktu selepas orang solat..

Sebab kat sana, kalau jemaah wanita pergi shopping time orang sibuk-sibuk nak pergi solat (boleh dikatakan semua kedai ditutup masa hampir masuk waktu solat dan dibuka semula lepas solat), dia (jemaah wanita) dianggap perempuan tak elok oleh orang-orang kat sana. Sebab tu selalu dengar kes cabul berlaku di waktu-waktu macam ni.

Lagi satu, kalau jemaah wanita uzur pun time tu, keluar juga pergi masjid dan duduk atau tunggu mahram kat luar sebab time ni pun orang tak der dan banyak pulak alasan pekeja-pekerja hotel tu bagi semata-mata nak masuk bilik... dan ambil kesempatan.. jadi berhati-hati lah.....

Jemaah wanita juga dinasihatkan supaya tak payah la berbuat baik sangat dengan pekerja-pekerja hotel.. dia orang ni suka perasan... dan lepas tu tak leh tahan perasaan.. jadik haru la....

Macam tu la lebih kurang apa yang Ustaz & Ustazah cerita minggu ni.....

No comments:

Post a Comment