Thursday, March 22, 2012

Tips Untuk Mengubati Sakit Perut dan Muntah Teruk

Tips ni saya dapat dari Ustaz Nizam dari UM (kalau tak salah la... bukan tips yang salah tau, yang saya tak pasti tu Ustaz Nizam ni dari UM ke U mana entah :-). Dia ni selalu datang mengajar kat pejabat kami.

Sesiapa yang sakit perut sangat-sangat sampai bila makan jer keluar balik dan/atau sampai ketahap doktor bagi  ubat tahan muntah, lepas makan ubat tu dapat la bertahan dari muntah selama 5-6 jam, lepas tu muntah balik boleh la mencuba.

Ustaz kata dia pernah mengalami sakit perut dan muntah melampau macam ni dan telah cuba macam-macam cara sampai ada seorang kenalan dia yang juga seorang doktor menasihati dia supaya guna tips ni.

Walaubagaimanapun sekiranya kamu di luar sana ingin mencuba, pilihan dan risiko adalah ditangan kamu sendiri ya..... Kalau sesiapa yang mengandung tu baik jumpa doktor la ya... Tips ni rasanya sesuai untuk orang-orang yang bukan pembawa budak ajer :-)

Mudah, murah dan pada firasat saya dan dari pengalaman Ustaz Nizam sendiri, rasanya jauh sangat dari bahaya.

Caranya :-

1) Ambil tepung gandum dan isi sampai separuh penuh didalam 1 gelas
2) Masukkan air suam sampai penuh.
3) Kacau dan biar tepung mendap ke dasar gelas
4) Lepas tu minum airnya. (tak payah la makan tepung tu pulak...)

Sebelum tu jangan lupa baca Bismillah, selawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w dan berdoa lah semoga penyakit dapat sembuh. Insya-Allah dengan izinNya penyakit anda akan sembuh..

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment