Sunday, May 6, 2012

Hari Jumaat

Hari Jumaat bermula bila masuk waktu Maghrib hari Khamis (malam Jumaat) sehingga masuk waktu Maghrib keesokkan harinya (Jumaat).

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan merupakan hari raya kepada umat Islam.

Antara kelebihan hari Jumaat:-

1) Allah ciptakan Nabi Adam a.s
2) Nabi Adam a.s dimasukkan ke syurga
3) Nabi Adam a. s diturunkan ke bumi
4) Taubat Nabi Adam a.s diterima oleh Allah
5) Nabi Adam a.s wafat
6) Hari Kiamat berlaku

Antara sunnah-sunnah khas hari Jumaat

1) Mandi khusus dengan niat (sama seperti mandi-mandi khusus yang lain spt mandi sunat hari raya dan sebagainya)
2) Pakai minyak athar
3) Bersugi
4) Pakai baju yang bersih / baru
5) Potong kuku
6) Baca Surah Al-Kahfi

Banyakkan berzikir pada hari Jumaat sebagai penebus dosa antara Jumaat seperti:-

1) Selawat 100x
2) Istighfar 100x
3) Baca Subahanallah wal halhamdulillah wala Ilahaillallah wallahuakbar walillah hilhamd 100x

Duduk dalam majlis ilmu dan tunggu hingga selesai juga dikira sebagai zikir.

Tazkirah dari Ustazah.

No comments:

Post a Comment