Dari Kuliah Dato' Dr. Fatma (Jumaat 25/05/2012)
Elok diamalkan oleh orang-orang yang sakit terutamanya sakit yang tiada harapan untuk sembuh (pada pandangan doktor) atau sakit yang tidak diketahui punca atau tidak dapat diubati.
Gunakan air zam-zam atau air hujan.
Caranya:-
1) Baca Surah Al-Fatihah (70x)
2) Baca Ayat Kursi (70x)
3) Baca Surah Al-Ikhlas (70x)
4) Baca Surah A-Falaq (70x)
5) Baca Surah An-Nas (70x)
6) Istighfar (70x)
7) Selawat (70x)
Dah habis baca semua diatas tiupkan ke dalam air tadi. Minum selama 7 hari sebelum makan atau minum apa-apa pada setiap pagi dan jangan makan atau minum apa-apa selama sejam selepas minum air tu.
Sebelum minum minta doa dari Allah "Ya Allah Ya Tuhankan, dengan keberkatan ayat-ayat ini, semoga ia menjadi penyembuh/ubat kepada penyakit ku'.
Boleh juga buat untuk sesiapa sahaja terutama ahli keluarga yang sedang sakit dan bagi dia minum dan tolong juga doakan untuk kesembuhannya.
Kalau baca semua ayat-ayat diatas secara berterusan, jangkaannya akan ambil masa 2 jam.Jika tidak boleh menghabiskan bacaan ayat-ayat tersebut sekaligus, boleh buat secara beransur-ansur dengan menghembuskan ke air selepas habis bacaan dan catit jumlah bacaan. Kemudian bila ada masa, sambung lagi bacaan dan seterusnya sehingga la lengkap semua bacaan.
Nota : Air yang digunakan tidak boleh dimasak.
No comments:
Post a Comment