Hari kedua ni kami keluar agak awal. Ingat nak pergi buat aktiviti petik strawberi tapi sebab terlalu awal, kebun pun tak bukak lagi atau tukangkebun pun tak bangun lagi gamaknya...heheh
Jadi kami pun pergi la melawat belakang kebun strawberi yang ada kebun sayur...
Pokok kobis bulat
Batas-batas pokok kobis
Pokok kobis panjang atau kobis cina
Pokok kailan
Gambar kat atas ni semua ambik kat kebun sayur sebelah hotel Equatorial
Kea Farm... terkenal dengan gerai-gerai jual buah-buahan, bunga dan sayur-sayur juga produk-produk lain dari Cameron Highland... musim cuti sekolah macam ni kalau tengahari sikit menghala ke petang memang sesak la jalan ni
Barang-barang lama depan pintu Time Tunnel Gallery. Sama juga.. tak dapat masuk sebab tokey kedai belum bangun tidur...
Gambar-gambar di bawah ni semua diambil di Taman Agro (Mardi), Tanah Rata.. pelbagai jenis bunga, sayur-sayuran, herba dan buah-buahan di tanam kat sini.. almaklumlah tempat penyelidikan...
Parsley
Buah strawberi ni nampak pelik sikit sebab buah dia menegak keatas. Selalunya buah strawberi akan melentur ke bawah. Mungkin sulur buah ni pendek tu pasal dia naik tegak walaupun buah tu dah cukup ranum
Pokok ni cantik sangat sebab daun dia warna kelabu keperakan tapi bunga dia warna kuning... contrast sangat dan macam ada orang leatak bunga tu kat situ padahal memang bunga asal dia... Subhanallah....
Buah Pisang Kaki... pokok langsung tak macam pokok pisang :-)
Petang sikit kami pergi masukkebun strawberi untuk petik sendiri strawberi tu. Dia bagi bekas kotak plastik harga RM30 atau RM50 untuk bubuh strawberi. RM30 untuk 1/2 kilo dan RM50 untuk 1 kilo. Itu pun orang yang masuk ke kebun pun limited juga. Kalau RM30, dua dewasa saja boleh masuk.. tak pasti pulak berapa orang boleh masuk untuk RM50.. kalau ikutkan memang mahal la harga strawberi tu tapi puas dapat pilih dan petik sendiri... tu saja..
Lupa pulak nak ambil gambar strawberi yang kami petik sendiri tu :-(
No comments:
Post a Comment