Wednesday, March 21, 2012

Tips Untuk Jemaah Umrah/Haji

Ustazah Rubiah dari Klang bagi tips ni. Rasanya amat berguna untuk para jemaah terutamanya jemaah Muslimah.

Tips ini berkaitan istinjak semasa dalam perjalanan terutamanya semasa didalam kapalterbang. Maklumlah bab-bab bersuci ni kena beri perhatian khusus apatah lagi kadang-kadang terdapat jemaah yang terus berihram didalam kapalterbang kan... atau sesiapa sahaja yang membuat penerbangan jauh dan dah tentu kena bersolat dalam kapalterbang kan..

Caranya mudah dan murah ajer :-

1) Sediakan kotak tetrapak kosong. Guna kotak besar.. kalau guna kotak kecik macam guna cawan kertas biasa yang dalam toilet kapalterbang tu jer la.. defeat the purpose.. :-)

2) Cuci kotak dan gunting bahagian atas (gunting keseluruhan bahagian atas). Kita guna kotak ni sebab dalam dia ada lapisan aluminium dan kotak tak mudah pecah.

3) Buka bahagian lipatan bawah kotak untuk tujuan senang nak masukkan dalam hand luggage.

4) Dalam kapalterbang masa nak pergi Qadzial Hajat tu, kalau Muslimah senang jer nak bawak. Kepit bawah ketiak dalam tudung.. saper pun tak nampak waima pramugari sekalipun.. bukan apa... nak elak malu...:-)

5) Jangan lupa bawa juga tisu yang agak kasar dan tak mudah hancur.

6) Dalam toilet, lembabkan tisu tadi dan lap permukaan tempat duduk toilet bowl.

7) Kemudian lap permukaan tempat duduk toilet bowl dengan tisu kering pula.

8) Lapik permukaan tempat duduk toilet bowl dengan kertas tisu kering yang baru (ni saya punya idea sebab selalu buat camtu)

9) Sebelum ber Qadzial Hajat tu isikan kotak tadi dengan air dan biarkan dalam singki sementara proses Qadzial hajat selesai :-)

10) Gunakan air dalam kotak untuk beristinjak dan pastikan air tak melimpah ke lantai toilet.. bahaya.. :-)

11) Semua tisu-tisu terpakai mestilah dibuang dalam tong sampah.

Qadzial hajat pun selesai, istinjak pun selesai dengan selesanya. Yang penting kebersihan kain ihram atau baju terpelihara....

Iklan yang tak dibayar ya :-)






No comments:

Post a Comment