Tak banyak sangat aktiviti boleh dibuat kat sini especially untuk kanak-kanak. Sebab masa kami sekeluarga dengan satu lagi keluarga kawan datang sini, kolam mandi tak der, pantai pun tak boleh mandi sebab dekat kuala jadi pantainya berlumpur. Tak tau la pulak kalau sekarang ni dah ada kemudahan kolam renang.
Kalau buat hari keluarga dan BBQ mungkin sesuai la sebab kanak-kanak akan sibuk degan aktiviti main-main dan makan-makan. Kalau setakat pergi dengan anak-anak dan tak der aktiviti lain tu memang kurang sesuai. Sesiapa yang nak memancing mungkin boleh sebab ada bot nelayan yang offer pakej.
Ada juga aktiviti naik bot nelayan ronda-ronda keliling dekat-dekat situ... yang lain tu tak pasti la pulak :-) Pemandangan boleh dikatakan ok juga...
Nyonya ni tengah cari kepah ke kupang ke apa ntah... tapi sejenis siput la.. nama sebenarnya lupa la pulak. Aktiviti ni nyonya ni buat bawal 'chalet'. Best kan ... tak payah berpanas...heheheh :-)
Ada la orang yang tunjuk rajin tumpang banyak kaki kunun nak tolong cari... tapi dapat batu ada la
No comments:
Post a Comment