Orang lain yang tanam, orang lain yang dapat hasilnya.... :-) Abah ni memang 'green finger/thumb'. Apa yang dia tanam dengan izin Allah tumbuh elok, berbunga dan berbuah. Walaupun tanah keliling rumah Mak/Abah boleh dikatakan sekangkang gorilla (besar sikit jer dari sekangkang kera... hehehh), dia boleh tanam macam-macam.
Keliling rumah tu ada pokok-pokok bunga, cermai, lemon, tebu, kedondong/ambra, ubi kayu, serai, pisang, lada hitam dan macam-macam lagi la.. tak cukup tanah dia bubuh dalam pasu... pendek kata hampir semuanya segar bugar... Abah ni rajin... daun-daun, perut-perut ikan dia recycle jadi baja...
Mak pulak orang kata tangan panas... heheh... dulu masa dia muda-muda tak boleh usik pokok pun, ada satu kes tu, dengan izin Allah jugak, mak pangkas la pokok bunga ros, kunun nak bagi cantik la, tak nak la dahan tu tak berbela, tak lama lepas tu pokok tu mati...heheh..
Tapi la ni 'tangan' mak pun dah pelan ok... dah 'sejuk' sikit.. dah boleh tanam macam-macam gak.. agaknya sebab faktor umur gak kut... :-) Memang dia orang ni saling melengkapi la...heheh...
No comments:
Post a Comment